Monday 12 December 2011

LATIHAN PENJAGAAN TUMBUHAN

Bagi menjawab soalan ini, anda hanya perlu meninggalkan jawapan anda di bahagian komen pada entry ini. Kami, pihak warga media blog ini akan membalas bagi tiap-tiap jawapan yang anda berikan melalui komen di bawah. Selain itu, anda juga boleh menjawab soalan ini dengan menghantar emel kepada kami. SELAMAT MENCUBA!!! Terima Kasih..

Soalan 1
Apakah tujuan tanaman pembiakan?

Soalan 2
Apakah kaedah tanaman tanpa menggunakan biji benih?

Soalan 3
Berikan tujuan merumput dalam penjagaan tanaman.

Soalan 4
Terangkan cara membaja dengan tepat.

Soalan 5
Berapa kerapkah proses penyiraman dilakukan?

LATIHAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMEPENGARUHI TUMBUHAN

Bagi menjawab soalan ini, anda hanya perlu meninggalkan jawapan anda di bahagian komen pada entry ini. Kami, pihak warga media blog ini akan membalas bagi tiap-tiap jawapan yang anda berikan melalui komen di bawah. Selain itu, anda juga boleh menjawab soalan ini dengan menghantar emel kepada kami. SELAMAT MENCUBA!!! Terima Kasih..

Soalan 1
Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi tumbuhan.

Soalan 2
Apakah kesan hujan dalam mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan?

Soalan 3
Berikan kaedah untuk mendapatkan air yang optimum.

Soalan 4
Apakah kesan yang dapat mempengaruhi tumbuhan daripada faktor?

Soalan 5
Nyatakan amalan terbaik untuk mengelakkan kerosakan pada tanaman oleh rebut.

PENJAGAAN TANAMAN

Merumput
merumput dilakukan dengan tujuan menjadi pesaing tanaman
rumput dan rumpai sekeliling batang pokok tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan peralatan yang sesuai seperti serampang tangan


merumput


Menyiram
penyiraman dilakukan 2 kali sehari bagi menyegarkan pokok


                 menyiram


Menggembur
Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliranmbur

                                                                        menggembur

 Membaja
Membaja dilakukan dengan tujuan untuk mengekal kesuburan tanaman dan membekalkan nutrien secara berterusan kepada tanaman
Membaja boleh dilakukan sekali dalam 2 minggu
Baja tiruan NPK (Nitrogen, Posforus, kalium) atau baja organik boleh digunakan

                                                                               membaja



Pengawalan
Tanaman perlu dilindungi daripada musuh seperti serangga, siput dan kulat
Kawalan boleh dilakukan secara terus dengan membuang serangga atau menggunakan racun yang dibenarkan dan mengikut prosedur yang betul

                                                                          pengawalan
                                                            

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Penghasilan Tumbuhan : Cahaya 2





Kaedah untuk menggalakkan penerimaan cahaya yang optimum.
1.         Memilih tapak penanaman yang sesuai
2.         Menanam pada jarak yang sesuai
3.        Menyediakan sokongan
4.        Mengawal rumpai
5.        Membekalkan cahaya tiruan
6.        Mencantas     

Kaedah untuk menggalakkan penerimaan cahaya yang optimum.
a)  Memilih tapak penanaman yang sesuai
·         tanah lapang dan rata
·         jauh daripada bangunan atau pokok besar
·         supaya cahaya tidak terhalang
·         supaya kadar fotosintesis tinggi

b)  Menanam pada jarak yang sesuai
·        jarak antara pokok dan baris sesuai atau seperti disyorkan
·        bergantung kepada jenis tanah
·        dapat mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya
·        kawasan tanah yang terhad dapat diusahakan secara maksimum.
·        contoh corak penanaman :  segi tiga, segi empat , siku keluang 
·        Mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya dengan 3 sistem / corak penanaman iaitu Sistem Segi Tiga, Sistem Segi Empat dan Sistem Siku Kluang
-       Dalam sistem segitiga  ( Kepadatan pokok  20% lebih  tinggi  berbanding segiempat.

c)      Menyediakan sokongan
·      Untuk pokok jenis memanjat dan berbatang lembut supaya tumbuhan boleh memanjat dan tumbuh tegak  untuk mendapatkan cahaya.
·      Untuk anak-anak pokok yang sedang membesar
·      Tujuannya  anak pokok mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
·      Contoh sokongan : kayu tunggal ( Lada Hitam, Pokok Buah Naga ), berpara  ( peria ), junjung ( kacang panjang ), pagar ( tomato )

d)  Membekalkan cahaya tiruan
·      digunakan apabila tempoh penyinaran cahaya semulajadi tidak mencukupi
·      digunakan untuk mengaruh pembungaan
·      menggunakan lampu pendarflour dan lampu pijar
·      Kos  penggunaan cahaya tiruan sangat tinggi dan terhad kepada pengawal aruhan bunga supaya bunga yang dihasilkan menepati kehendak pasaran.
·      Sumber cahaya tiruan perlu digunakan serentak kerana:
o   Lampu Pijar :   
             ·         Kecekapan penukaran tenaga elektrik rendah
o   Lampu Pendaflour   :               
             ·          Kecekapan  penukaran tenaga elektik tinggi  tapi kekurangan cahaya merah dan infra merah.
·         Tinggi gelombang biru
·         Sesuai untuk pertumbuhan anakbenih

e)  Mengawal rumpai
·         Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh di kawasan yang tidak dikehendaki.
·         supaya rumpai tidak menaungi tanaman
·         cara mengawal rumpai seperti  mencabut, mencangkul, meracun
·         Rumpai perlu dikawal untuk mengelakan persaingan mendapatkan ruang, makanan,  cahaya antara tanaman

       f) Menanam tanaman selingan
·    Menanam tanaman jangka pendek dicelah-celah tanaman jangka panjang.
·    Contoh tanaman : keledek, pisang, jagung, kacang tanah, lada sementara menunggu hasil tanaman kelapa sawit, getah, buah-buahan.

  g) Mencantas
·    Membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
·    Memberikan lebih banyak cahaya sampai  ke bahagian pokok yang terlindung.

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Penghasilan Tumbuhan : Cahaya 1

Cahaya mempengaruhi proses fotosintesis dan kefotokalaan dalam tumbuhan.

FOTOSINTESIS
·  Definisi – Satu proses tumbuhan menghasilkan kabohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan cahaya matahari.
·     Proses berlaku dalam kloroplas
·     Kloroplas mengandungi pigmen hijau iaitu klorofil
·     Klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya matahari
·     Formula tindakbalas kimia proses fotosintesis ialah:
      Klorofil


Karbon dioksida + Air                 Karbohidrat + Air  + Oksigen
            Cahaya

·  Sumber utama cahaya ialah cahaya matahari
·  Dua ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah :-
§  Intensisiti cahaya ( keamatan cahaya)
§  Gelombang cahaya
·  Intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan pancaran cahaya
·  Peningkatan intensiti cahaya, menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan meningkatkan kadar fotosintesis
·  Gelombang Cahaya matahari terdiri dari beberapa gelombang, taburan gelombang cahaya dinamakan spektrum cahaya dalam proses fotosintesis  warna merah  dan biru diperlukan.
·  Cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendaflour dan lampu pijar.
·  Pancaran cahaya matahari yang berlebihan, menyebabkan berlakunya transpirasi secara berlebihan dan  merosakan daun.

KEFOTOKALAAN
Definisi : Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan  tempoh siang  dan malam.
•  Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu:
1)      Tumbuhan yang memerlukan  tempoh siang pendek
2)      Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang.

Tanaman yang memerlukan tempoh siang pendek
•  Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek. Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya  lebih pendek berbanding tempoh malam.
•  Jika tumbuhan ini ditanam dalam tempoh siang panjang, reaksi  tumbuhan ini akan tetap tampang
•  Contoh: Orkid Phalaeonopsis, kekwa, kacang soya, nanas dan ubi keledek.
Tempoh Siang
Reaksi Tumbuhan
Pendek
Berbunga
Panjang
Tampang ( tidak berbunga)

Tanaman yang memerlukan tempoh siang panjang
·  Tumbuhan yang memerlukan Tempoh siang panjang.Tumbuhan ini akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding  tempoh malam.
·  Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang pendek. Rekasinya tumbuhan ini akan tetap tampang.
·  Contoh : Gandum, pokok  jarak dan ubi kentang.
Tempoh Siang
Reaksi Tumbuhan
Panjang
Berbunga
Pendek
Tampang ( tidak berbunga)

·  Kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut: Pengusaha bunga kekwa di Cameron Highland memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan  tempoh siang. Ini menyebabkan  pertumbuhan tampang berterusan. ( sepatutnya kekwa bebunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya). Apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan  kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar.

VIDEO: Tissue Culture Pisang Berangan (Banana)


Sexual Reproduction In Plant